SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM
Pembahagian Dan Penjenisan Sumber
Perundangan Islam
Ada dua kumpulan sumber perundangan
Islam. iaitu :
- Sumber-sumber asas
- Al Quranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Sumber-Sumber tafsiran.
- Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu
- Al Ijma'
- Al Qiyas
- Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu :
- Al Istihsan
- Al Masolehul Mursalah
- Al 'urf
- Syariat yang terdahulu
- Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w.
- Al istishab
- Az Zara-i'
Dalil sumber-sumber asas
Di antara dalil mengenai sumber-sumber
asas tersebut adalah sebagai berikut :
- [Surah An Nisa' : 59]
|
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ
فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ
تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
|
"Wahai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu
berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada
Allah ( Al Quran ) dan Rasul (Sunnah); jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan hari kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik
bagi akibatnya."
|
-
- [Suran Al hasry:7]
|
مَّا أَفَاء اللَّهُ
عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي
الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ
دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
وَمَا
آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
|
"Dan apa yang diberikan Rasul
kepadamu, maka terimalah ia. Dan apa yang terlarang bagimu maka tinggalkanlah
; dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah amat keras
hukumannya."
|
-
- "Ku lihat untuk dua perkara, tidaklah kamu alan
tersesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya; iaitu
kitabullah dan sunnahnya (rasulnya)." [Al-Hadith]
Maksud Al-Quran
Al-Quran ialah : 'Kalamullah yang
merupakan mu'jizat, yang diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad S.A.W yang dimaktubkn
ke dalam mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir kepada seluruh manusia
dengan lafaz serta makna melalui bahasa 'Arab dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.
Huraian Ringkas
Diantara perkara perkara yang penting
yang diperolehi daripada maksud Al Quran tadi ialah :
- Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad
S.A.W.
- Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam
mushaf melalui bahasa 'Arab. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan
walau dalam apa jua bahasa bukanlah Al-Quran,
- Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.
- Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru
dan dicabar oleh mana-mana jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian.
Peringkat Al-Quran diturunkan
Ada tiga peringkat Al-Quran diturunkan,
iaitu :
- Dari Allah S.W.T ke Lauhil Mahfuz. Peringkat ini
Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari lauhil mahfuz ke Baitil 'Izzah. Peringkat ini juga
Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.
- Dari Baitil 'Izzah kepada Rasulullah yang bermula pada
17 Ramadhan ketika baginda berada dalam gua Hirak.Pada peringkat ini
Al-quran diturunkan sedikit sedikit selama 22 tahun 2 bulab 22 hari. Di
antara hikmah diturunkan begitu ialah;
- Agar mudah dimergertikan dan dilaksanakan oleh manusia
ketika itu.
- Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku
- Untuk memudahkan penghafalan
- Untuk menatapkan hati Rasulullah S.A.W
Keadaan Rasullulah ketika menerima
wahyu
Ada bermacam keadaan Rasulullah
menerima wahyu. Antaranya :
- Malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati baginda.
Keadaan begini, Rasulullah tidak melihat suatu apapun. Baginda hanya terus
merasakan bahawa wahyu itu telahpun berada dalam hatinya.
- Malaikat menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal di
hadapan Rasulullah.
- Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki dan
mengucapkan wahyu kepada Rasulullah sehingga baginda mengetahui, memahami
dan menghafaznya.
- Wahyu disampaikan bagai gemercingan loceng. Keadaan
beginilah yang paling berat dirasakan baginda, sehingga keningnya berpeluh
kasar walaupun dimusin dingin. Kadangkala baginda merasai ditimpa gering
yang tersangatan. Dan kadang kala unta yang sedang dinaikinya terpaksa
berhenti dan duduk kerana turut merasakan beratnya.
Pembahagian dan Perbezaan
Ayat ayat suci Al-Quran
Ada dua kumpulan ayat-ayat surah-surah
Al-Quran, iaitu :
- Makkiyah :Ayat ayat yang diturunkan semasa baginda
belum berhijrah ke Madinah.
- Madaniyah : Ayat-ayat yang diturunkan semasa baginda
telah berpindah ke Madinah.
Perbezaan antara kedua kumpulan
tersebut amat sukar dikesani secara sambil lalu saja. Namun, panduan berikut
adalah diantara cara mengenalinya :
- Ayat ayat Makkiyah selalunya pendek pendek. Manakala
ayat Madaniyah biasanya panjang-panjang.
- Ayat Makkiyah umunnya mengenai aqiqah, akhlaq, kesan
kesan umat yang terdahulu dan ancaman dosa serta ganjaran pahala.
- Ungkapan bahasa Makkiyah kadangkala terdapat
rangkaiankata 'Ya aiyuhannas' dan ' Ya bani Adam'. manakala ayat Madaniyah
sering disertai ungkapan 'Ya aiyuhalazina ammanu' dan tidak 'Ya aiyu
hannas' kecuali dalam tujuh ayat sahaja, iaitu :
- Dua ayat dalam Al-Baqarah ( ayat : 21 dan 168)
- Empat ayat dalam An-Nisak (ayat : 1, 133, 170 dan 174)
- Satu ayat dalam Al-Hujarat (ayat : 13 ).
- Setiap surah yang ada sajdah adlah Makkiyah, kecuali
yang dalam surah Al-Hajj.
- Setiap surah yang ada disebutkan adalah Makkiyah.
Penulisan dan pengumpulan Ayat-Ayat
Al-Quran .
Semasa hayat Rasulullah, ayat ayat
Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf seperti hari ini. Sungguhpun
begitu, ianya dipelihara melalui :
- Hafalan Rasulullah S.A.W.
- Hafalan para sahabat.
- Catitan para penulis diatas kepingan batu, kekulit
binatang, keketulan tulang dan pelepah tamar.
Diantara penulis penulis itu ialah :
- 'Ali bin Abi Tolib.
- Uthman al Afan.
- Zaid bin Thabit.
Pengumpulan peringkat pertama
Pengumpulan kali pertama dibuat pada
zaman Khalifah Abu Bakar ra, iaitu hasil cadangan dari Sy. Omar ra. Ini
disebabkan ramainya para huffaz yang terkorban dalam peperangan Yamamah.
Menurut riwayat, tidak kurang dari 70 huffaz yang terbunuh.Orang yang
ditugaskan untuk mengumpulkan ayat ayat Al-Quran itu ialah Zaid b. Thabit.
Setelah selesai pengumpulannya, lalu diikat dengan benang dan diserahkan kepada
Sy. Abu bakar r.a untuk dijaga. Mushaf pertama dipelihara oleh Sy. Abu BAkar
hingga wafatnya. Kemudian kepada jagaan Sy.Omar dan pabila beliau wafat ia
berpindah kepada jagaan puterinya Hafsah (isteri Rasulullah)
Pengumpulan peringkat kedua
Dimasa pemarintahan Osman b Affan,
berlaku perselisihan dalam cara pembacaan Al-quran dikalangan orang Islam
dinegeri Syam dan Iraq .Orang pertama yang mengambil perhatian itu ialah
sahabat Huzaifah Al-Yaman, Beliau telah mencadangkan agar mushaf yang ada pada
Sydt. Hafsah itu dipinjamkan dan disalin hingga beberapa naskah dan kemudian
dihantar kesetiap ibu negeri wilayah Islam ketika itu. Lalu Sy. Osman
memerintahkan perlaksanaannya kepada :
- Zaid ibnu Thabit r.a
- Abdullah ibnu Zubair r.a
- Sa'id bin 'Ash r.a
- Abdur Rahman B. Harith r.a.
Pengumpulan kali ini memakan masa
sekira enam tahun, iaitu antara tahun 24-30 hijrah (650-655 M). Bila selesai
penyalinan dan pengumpulannya maka empat naskah dikirimkan ke Mekah,Syria,
Bashrah dan Kufah. Manakala senaskah diserahkan kepada Sy. Osman sebagai
jagaan, panduan danrujukan. Inilah yang dikenali sebagai Mushaful Iman. Selepas
dari tarikh itu semua naskah persendirian dibakar untuk mengelakkan dari
perselisihan.
Naskah Mushaful Iman adalah dijaga oleh
Sy. Osman dan sepenuhnya hingga sewaktu sewaktu beliau dibunuh darahnya
mengalir / menbasahi ayat yang sedang dibacanya:
( Al-Baqarah : 137)
|
فَإِنْ آمَنُواْ
بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا
هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
|
|
Menurut ahli sejarah bahawa naskah ini
berpindah kepada raja-raja bani Umawiyah, kemudian ke andalus, ke Masjid Jame'
Cordova. ke Fez (ibu negeri Moroko), Ke Bashra dan ke Tiberiz. Khabarnya dalam
tahun 1904 orang-orang Islam di Rusia pernah menemui naskah tersebut dalam
longgokan buku-buku Islam dari Bukhara. Ada juga yang mendakwa, bahawa ianya
tetap berada di salah sebuah perpustakaan di India.
Pemeliharaan ayat ayat Al-quran.
Sungguhpun ayat ayat Al-Quran
dikumpulkan sedemikian cara, tetapiianya tetap tulin dan asli. Sebarang usaha
pemalsuannya tetap diketahui oleh orang orang Islam, kerana ianya;
- Dipelihara oleh para huffaz yang ramai bilangannya
didunia ini.
- Mu'jizat yang tidak dapat ditiru, diroboh dan dicabar
oleh sesi apa, apa-apa, dimana dan bila bila juapun.
- Dibawah pemeliharaan yang Empunya, iaitu Allah S.W.T
(Al Hijr : 9)
|
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا
الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
|
|
Kandungan Al-Quran
Al-quran adalah sumber pertunjuk bagi
seluruh manusia untuk semua bidang kehidupan dan keperluan mereka. Samada untuk
hidup didunia ini atau bekalan akhirat kelak. Maka itulah Al-quran mengandungi
serbanika pengajaran dan pelajaran melalui sejarah lampau , peristiwa semasa
dan keadaan akan berlaku. Al-Quran juga mengandungi berita baik, ancaman dosa,
tawaran pahala, sindiran, kutukan dan sebagainya. Bila dilihat dari sudut ilmu
pula, Al-Quran mengandungi berbagai prinsip ilmu; samada yang telah diketahui
manusia mahupun yang belum pernah diketahui.
Sebagai contoh mengenai prinsip-prinsip
ilmu :
- Ilmu jiwa : Diantara firman Allah mengenainya :
"Demi bumi Kami bentangkan apa
yang menyempurnakannya, maka diilhamkan Allah kepadanya (jalan ) yang salah dan
yang benar. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan (jiwa)nya dan
rugilah orang yang mengotorinya."
( Asy Yams : 7-10)
- Ilmu bumi dan ilmu alam, diantara firmannya ialah :
"Dan bumi Kami bentangkan dan Kami
letakkan diatasnya gunung gunung dan Kami tumbuhkan diatasnya segala macam
(tanaman ) yang indah permai."
(Qaaf : 7-8)
"Dan Kami jadikan antara mereka
dengan negeri yang Kami berkati padanya, iaitu beberapa kota yang mudah kelihatannya,
dan kami buatkan disana (batas batas) perjalanan."
(Sabak : 18)
- Ilmu haiwan : , diantara firman-Nya ialah:
"Dan sesungguhnya bagi kamu
tentang kehidupan haiwan ternak itu menjadi pelajaran. Kami beri minum kamu
dengan apa yang ada dalam perutnya, diantara tahi dan darah ; dan didapati susu
yang bersih dan sedap bagi mereka yang meminumnya ."
(An Nahl : 66)
- Ilmu tumbuh tumbuhan : diantara firman-Nya :
(Yaasin : 38-40)
|
وَالشَّمْسُ
تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ
وَالْقَمَرَ
قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
لَا
الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ
النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
|
"Dan diatas bumi ini terdapat beberapa bahagian
(negeri) yang berdekatan, kebun anggur, tanam tanaman dan pohon korma yang
berumpun dan tidak berumpun, disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan
buahnya dari yang lain. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda tanda
(kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir."
|
Bidang hukum dalam Al-Quran
Dari sudut hukum yang berhubung dengan
perlakuan manusia, Al-Quran mengandungi tiga kumpulan hukum yang terpenting:
·
Kumpulan I : Hukum-hukum Aqidah
·
Kumpulan II : Hukum-hukum Akhlaq dan
·
Kumpulan III : Hukum -hukum 'Amaliyah
yang merangkumi :
o
'Ibadat - ibadat Khassoh dan
o
Mu'amalat yang mencakupi pelbagai jenis
:-
§ Hukum
hukum kekeluargaan
§ Hukum
hukum keharataan dan ekonomi
§ Hukum
hukum acara dan keadilan
§ Hukum
hukum jenayah
§ Hukum
hukum kenegaraan dan pentadbiran
§ Hukum
hukum politik dan hal semasa antarabangsa
§ Hukum
hukum yang lain-lainnya.
Jenis jenis lafaz dan nas Al-Quran
Lafaz dan nas Al Quran dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis yang dipandang dari beberapa sudut tertentu.
Antaranya :
·
Sudut kandungan makna
·
Sudut kandungan hukum
Dari sudut kekuatan hukum
Dari sudut ini, lafaz Al-Quran
terbahagi kepada dua:
·
Qath'ie : Nas yang menunjukkan ke atas
satu makna tertentu yang difahami dan tiada sedikitpun kemungkinan yang
menunjukkan keatas makna lain.
·
Dzannie : Nas yang menunjukkan keatas
satu makna yang difahami maknanya tetapi berkemunkinan jua menunjukkan kepada
satu makna yang lain. Contohnya ialah : Setiap nas yang am, nas yang mutlaq dan
lafaz yang musytrak.
Dari sudut kandungan makna
Dari sudut ini, lafaz Al-Quran
terbahagi kepada dua jenis
·
Lafaz yang am : Lafaz yang menunjukkan
ke atas sesuatu yang merangkumi seluruh kandungan yang tidak terbatas. Jenis
ini terbahagi pula kepada tiga :
o
Am yang memang dimaksudkan
o
Am yang dikehendaki pengkhususannya
o
Am yang dikhususkan
·
Lafaz yang khas : Lafaz yang
menunjukkan ke atas satu atau lebih tetapi terhad. Jenis ini terbahagi kepada
empat kumpulan :
o
Mutlaq : Yang menunjukkan ke atas satu
tertentu tanpa pembatasan secara lafaz.
o
Muqaiyad : Yang menunjukkan keatas satu
yang tertentu dengan pembatasan secara lafaz.
o
Amar : Suruhan agar melakukan sesuatu
yang tertentu.
o
Nahy : Larangan dari melakukan sesuatu
yang tertentu.
Pengertian dan pembahagian As Sunnatun
Nabawiyah
As Sunnatun Nabawiyah ialah setiap
perkataan dan pengakuan yang lahir daripada Rasulullah S.A. W ianya terbahagi
kepada tiga:
- Sunnah Qauliyah @ Hadith
- Sunnah Fi'liyah dan
- Sunnah Taqririah (pengakuan)
Perjenisan Sunnah Qualiyah
Ianya terbahagi kepada tiga :
- Mutawir : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh
sekumpulan ramai yang tidak diragui tentang kebenaran, kejujuran dan
keluruhan peribadi mereka. Dan diriwayatkan pula dari mereka ini oleh
sekumpulan ramai yang lain yang keadaan mereka jua sama dengan keadaan
kumpulan ramai yang pertama. Kemudian diriwayatkan pula dari kumpulan
ramai yang akhir ini oleh sekumpulan yang ramai yang lain yang mempunyai
keadaan sama.
- Masyur : Yang diriwayatkan dari rasulullah oleh seorang
atau dua orang atau kumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula
darinya atau dari mereka oleh sekumpulan yang ramai yang diriwayatkan pula
dari kumpulan ini oleh sekumpulan yang lain.
- Aahad : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang
atau dua orang atau sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula
darinya atau dari mereka ini oleh sekumpulan yang tidak ramai, yang
diriwayatkan pula darinya atau dari mereka ini oleh kumpulan yang ramai
atau seorang yang tidak ramai atau seorang atau dua orang dan begitu
seterusnya.
Dari segi sanad jua disebutkan hadith
hadith yang tertarap :
- Soheh
- Hasan
- Dho'if
- Mauquf
- Mutashil
- Maqthu'
- Mursal
- Mu'Adhdhal
Penjenisan ini adalah berdasarkan
kepada sudut tertentu yang perbahasanya ada didalam ilmu musthalahul hadith.
Pembahagian dan penjenisan Sunnah
Fi'liyah
Sunnah Fi'liyah terbahagi dua bahagian.
Iaitu:
- Perbuatan melakukan sesuatu
- Perbuatan tidak melakukan sesuatu
Perbuatan melakukan sesuatu ada tiga
jenis
- Jenis Tabi'iy : Hukum perbuatan ini adal;ah harus.
Tetapi sesetengah setengah perbuatan itu adalah sumber hukum.
- Jenis kekhususan : Setengah dari perbuatan jenis ini
menjadi sumber hukum.
- Jenis Tasyri' : Kesemua perbuatan ini adalah menjadi
sumber hukum.
Perbuatan tidak melakukan sesuatu ada
dua jenis:
- Semata-mat tidak melakukan. Samada :
- Ada dorongan untuk dilakukan, tetapi baginda tidak
melakukan, atau
- Tiada dorongan untuk melakukannya semasa hayat
baginda, tetapi ada dorongan selepas baginda wafat.
- Tidak melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab atau
sesuatu halangan tertentu. Samada :
- Khas bagi Rasulullah S.A.W sahaja
- Tabi'iy baginda, atau
- Pertimbagan tertentu.
Pembahgian Sunnah Taqririyah
Sunnah Taqririyah terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu:
- Mengiakan sesuatu perkataan
- Mangiakan sesuatu perbuatan, dan
- Mendiamkan diri mengenai sesuatu.
Pengumpulan dan pembukaan Hadith
Semasa hayat Rasulullah S.A.W, baginda
melarang penulisan hadith-hadith kerana dikhuatiri bercampur dengan ayat ayat
Al-Quran yang masih dalam proses penurunannya. Oleh itu, apa yang disabdakan
oleh baginda, hanya dihafal dan diingati dikepala sahaja.
Tetapi setelah baginda wafat, maka
keperluan untuk mengumpulkan dan membukukan hadith-hadith amatlah mendesak.
Diantara sebab-sebabnya ialah :
- Ayat ayat Al-Quran telah sempurna diturunkan. Maka
wahyu tidak akan diturunkan lagi buat selama-lamanya.
- Rasulullah S.A.Wsebagai tempat rujuk hukum telah pun
wafat.
- Hadith-hadith baginda sendiri adalah sumber kedua
ajaran dan hukum hukum Islam.
- Berlaku gerakan mencipta palsukan Hadith hadith oleh
golongan jahat, terutamanya oleh orang orang Yahudi.
Oleh yang demikian, 'Umar bin Abd Aziz
selaku ketua negara dan umat Islam (99-111H @ 717-720 M), telah mengarahkan
gabenornya di Madinah, iaitu Abu Bkar 'Umru B. Hazam supaya menulis
hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Tetapi setelah beliau menulis beberapa buku
hadith dan belum sempat menyerahkannya kepada baginda, Khalifah Umar B. Abdul
Aziz telah wafat.
Dari semenjak itulah muncul
pengumpul-pengumpul hadith, seperti :
- Ibnu Juraij di Mekah (wafat 772M)
- Muhammad B. Ishaq di Madinah (wafat 773M)
- Malik B. Anas di Madinah (wafat 179M)
- Rabi' B. Shubaih di Basrah (wafat 728M)
- Sa'id B. Abi Urubah di Basrah (wafat 778M)
- Himad B. Salamah di Basrah (wafat 798M)
- Sufyan Ats-Tsauri di Kufah (wafat 798M)
- Abu Umru Abdur Rahman B. Umru Asy-Syami yang lebih dikenali
sebagai Iman Az-Auza'iy di Syam (88-157H)
- Qasim Abi Bakar (wafat 740M)
- Muhammad B. MuslimAz-Zuhri (wafat 746M)
Pada peringkat awal pengumpulan hadith
ini, masih bercampur dengan fatwa-fatwa sahabat. Oleh itu, tampillah penulis
yang menulis hadith dari riwayat-riwayat atau musanid, iaitu:
- Abdullah B. Musa Al-Abasiy di Kufah
- Musaddad B. Musarhad di Basrah
- Naim B. Hamad Al-Khuza'iy di Mesir
- Ahmad B. Hambal.
Penulisan dari segi masaniq ini ialah
dengan meletakkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tiap-tiap sahabat secara
berasingan tanpa menurut bahagian-bahagian tertentu.
Kitab kitab Hadith Shoheh
Diantara kitab kitab hadith yang
ditulis, ada enam buah yang paling terkenal dikalangan semua ulamak, yang
disebut olehumat Islam Sunan Sittah. Iaitu:
- Shoheh Bukhari : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B.
Ismail Al-Bukhari Al- Jusfi @ Iman Bukhari (wafat256H)
- Shoheh Muslim : Ditulis oleh Muslim B. Al - Hajjaj Al-
Qusyariy An-Nisaburi @ Iman Muslim (wafat 261H)
- Sunan Abi Daud : Ditulis oleh Abu Daud Sulaiman B.
Al-Asy'Ats As-Sajastaniy (wafat 275H)
- Sunan Tarmizi ; Ditulis oleh Abu Isa Muhammad B. Isa
As-Salami At- Tarmizi (wafat 279H)
- Sunan Ibni Majah : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad
B. Yazid Al- Qazawain @ Ibni Majah (wafat 273H)
- Sunan Nasaiy : Ditulis oleh Abu Abdir Rahman Ahmad B.
Syunil An-Nasaiy ( wafat 303 H)
Selain daripada mereka yang tersebut
diatas tadi, ada banyak lagi ahli-ahli yang terkenal juga dikalangan Ulamak
Islam. Antaranya :
- Ibnu Hibban : Iaitu Muhammad B. Hibba Al-Bastiy
- Dar Qathiy : Iaitu Abul - Hasan Ali B. Umar.
- Al-Haakim : Iaitu Muhammad B. Abdillah Na'im Adh -
Dhabi An- Nisaburiy.
Hadith Qudsi
Hadith ialah yang diriwayatkan oleh
Rasulullah S.A.W.mengenai sesuatu dari Allah S.W.T. Ianya diilhamkan kepada
baginda semasa tidur atau ketika jaga secara makna sahaja, sedangkan lafaz
disusun sendiri oleh rasulullah S.A.W dan bukan mukjizat.
Hadith Qudsi ini mengenai sesuatu yang
biasanya menyentuh perasaan perasaan manusia, galakan galakan agar berakhlak
mulia, bersifat dengan sifat sifat utama lagi terpuji, rindukan Allah S.W.T dan
takutkan azabnya yang amat dasyat.
Maksud dan Dalil Ijma'
Ijma' ialah suatu persefakatan para
mujtahidin umat Muhammad S.A.W didalam suatu masa tertentu selepas kewafatan
baginda mengenai sesuatu hukum syarak.
Diantara dalil-dalil sumber ini ialah :
- "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang
sesuatu,maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya ),
jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih utama (baginda) dan lebih baik akibatnya "- maksud
An-Nisa' :59
Ayat diatas menunjukkan, jika berlainan
pendapat maka hendaklah kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi jika
berlainan pendapat, maka bererti Ijma'.
- "Umat takkan bersefakat dalam yang salah" Dan
"Ummatku takkan bersefakat dalam kesesatan ". - maksud
Al-Hadith.
Ketentuan Ijma'
Dari pengertian Ijma' diatas, dapatlah
kita fahamkan bahawa ketentuannya ialah :
- Ijma' Mestilah persefakatan semua mujtahidin semasa.
- Persefakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan para
mujtahidin sahaja.
- Umat Muhammad S.A.W. yang dimaksudkan ialah mukmin,
muslim dan mukallaf.
- Persefakatan yang dimaksudkan ialah yang mengenai
hukum-hukum syara' dan bukannya hukum-hukum hissiyat dan aqliyat atau
seumpamanya.
- Persefakatan mujtahidin itu mestilah berlaku selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W.
Mazhab Sahabat
Mazhab sahabat ialah perkataan atau
perbuatan seseorang yang sempat bertemu dengan Rasulullah S.A.W sedangkan ia
beriman dan mati didalam Islam yang tidak bertentangan dengan maksud syara'.
Dalil dalil Dari Sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai mazhab
sahabat Rasulullah S.A.W sebagai sumber hukum ialah :
- "Sebaik - baik kurun yang aku didalamnya"
- "Sahabat sahabat ku adalah laksana bintang
bintang. Apa jua yang engkau ikutinya nescaya mendapat petunjuk."
- "Hendaklah engkau ikut Sunnahku dan Sunnah
Khulafa-Ur-Rasyidin selepasku"
Maksud-maksud Hadith
Maksud Istishhab
Istishhab ialah menghukum dengan ada
atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini atau masa akan datang, berdasarkan
kepada ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa yang lalu, kerana tiada bukti
yang menunjukkan bahawa sesuatu itu telah berubah keadaan.
Dalil-dalil sumber ini
Diantara dalil dalil yang menujukkan
Istishhab sebagai sumber sumber hukum ialah :-
"Sesuatu yang telah ada atau telah
tiada pada masa yang lalu dan tiasa nyata perubahannya pada masa kini, adalah
sesuatu yang didzankan. Sedangkan sesuatu yang didzankan itu wajib diamalkan.
Sekiranya tiada, berlakulah tiga perkara yang pasti batal dan tidak boleh
diterima, iaitu:
·
tiada hukum hukum yang disabit dizaman
Rasulullah S.A.W itu tersabit dizaman kita ini, kerana mungkin telah
dinasakkan.
·
tiadalah apa apa mukjizat pun, kerana
mukjizat itu adalah sesuatu yang luar biasa yang mesti diyakini berkekalan, dan
·
samalah syak alaq dan syak nikah
keduanya tiada dzan.
Maksud dan bahagian zara-i'
Zara-i' ialah apa jua boleh
menyampaikan kepada sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk. Ianya terbahagi
kepada :
- Sadduz- zara-i' : menghindarkan daripada berlaku
keburukan
- Fathuz-zara-i' : menggunakan cara yang baik untuk
kebaikan
Dalil dalil sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai
az-zara-i' sebagai sumber hukum ialah
- "Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu kepada
sesuatu yang lain yang tidak meragukan"
- Rasulullah S.A.W menceritakan cara seseorang menlaknat
orang tuanya sendiri, iaitu :
"Ia memaki bapa orang lain pada
mulanya, kemudian orang itu memaki bapa orang tadi, dan ia memaki ibu orang
lain, kemudian orang itu memaki ibu orang tadi "- maksud Hadith.
Jenis jenis Ijma'
Ada dua jenis Ijma' sebagai sumber
hukum, iaitu :
- Ijma' Nuthqi @ Shoreh : persefakatan yang berbetuk
pernyataan yang jelas dengan perkataan atau dengan perbuatan atau
kedua-duanya sekali oleh para mujtahidin.
- Ijma' Sukuti : Persefakatan yang terbentuk pernyataan
dari sebahagian mujtahidin sahaja, sedangkan sebahagian yang lain tidak
membantah pernyataan tersebut setelah mengkajinya dengan teliti.
Maksud dan Rukun Qiyas
Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu
yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi
'illah.
Rukun Qiyas ada empat, iaitu:
- Sesuatu yang tertentu / telah tertentu (asal)
- hukum sesuatu yang telah tertentu.
- 'llah
- sesuatu yabg lain (far')
Dalil mengenai Qiyas
Diantara dalil-dalil mengenai sumber
ini ialah :
- "Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran,
wahai orang-orang yang mempunyai pandangan"-maksud Al-Hasyr :2
- perbuatan Rasulullah S.A.W. dengan hutang kepada
manusia.
Bahagian Qiyas
Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
- Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
- Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
Jenis-jenis Qiyas
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
- Qiyas Aula (utama)
- Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
- Qiyas Adna (rendah)
Pengertian Istihsan
Diantara dalil - dalil mengenai
Istihsan. Istihsan ialah menterjemahkan Qiyas Khafi yang sukar difahami atau
mengecualikan masalah juziyah daripada Qaidah 'ammah, berdasarkan kepada dalil
tertentu serta kejelasan atau kekuatan kebaikannya.
Dalil Istihsan
Diantara dalil dalil Istihsan sebagai
sumber hukum ialah :
- "Iaitu orang orang yang mendengarkan kata, maka
diturutinyalah mana yang baik (paling baik). Merekalah orang orang yang
dipimpinlah oleh Allah, dan merekalah orang orang yang mengerti
"-Az-Zumar: 18.
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu
baik, maka ianya baik juga disisi Allah"
Jenis dan contoh Istihsan
Istihsan terbahagi kepada beberapa
jenis. Antaranya;
- Istihsan dengan Al-Quran ; seperti harusnya berwasiat.
- Istihsan dengan Hadith : seperti sahnya puasa bagi yang
makan secara terlupa.
- Istihsan dengan 'Urf : seperti sah akad menyewa bilik
mandi untuk mandi
- Istihsan dengan darurat : seperti sah membersihkan
telaga daripada najis dan membuang airnya sahaja.
- Istihsan dengan Maslahat : seperti sah wasiat.
mahjur'alaihi kerana bodah untuk kebaikan umum.
Syarat syarat mengamalkannya
Masoleh Mu'tabarah adalah menjadi
sumber hukum, dan Masoleh Mulghah bukanlah sumber hukum. Manakala Masoleh
Mursalah pula, ianya menjadi sumber hukum setelah memenuhi pensyarakan yang
berikut:
- Maslahat Mursalah itu tidak bertentangan dengan maksud
syara'.
- Maslahat Mursalah itu diterima oleh akal - akal yang
matang dan yakin.
- Maslahat Mursalah itu menyeluruh untuk kesemua atau
kelayakan manusia.
Kewujudan Masoleh Mursalah
Masoleh Mursalah tidak wujud didalam
semua jenis perlakuan atau kepentingan manusia.Oleh itu, hukum-hukum ta'abbudiy
tidak terbabit dengan permasalahan Masoleh ini.
Dalil dalil Masoleh Mursalah
Diantara dalil dalil mengenai sumber
ini ialah:
- Hukum hukum yang disyariatkan melalui Al-Quran dan As
Sunnah adalah untuk manusia.
- Ijtihad para sahabat Rasulullah S.A.W khususnya
Khualafa-Ir- Rasyidin adalah kesemuanya untuk kemaslahatan. Seperti
Ijitihad Abu Bakar r.a. mengumpulkan Al-Quran, dan Ijtihad Umar B.
Al-Khattab r.a menentukan Kharaj dan 'Usyur.
- Maksud Uruf ('Urf)
- 'Urf ialah sesuatu yang dibiasai oleh manusia, samada
betbentuk perbuatan atau perkataan.
Pembahagian 'Urf
'Urf terbahagi kepada beberapa bahagian
yang dipandang dari sudut sudut berikut :
- Dari sudut kuatkuasanya : 'Urf terbahagi kepada :
o
'Uruf am yang menyeluruh
o
'Uruf khas yang tidak menyeluruh.
- Dari sudut kebenarannya : Uruf terbahagi kepada:
o
Uruf Shoheh : iaitu kebiasaannya yang
tidak nyata mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.
o
Uruf Fasid : Kebiasaan yang nyata
mengharamkan yang haram atau kebiasaannya yang nyata tertentu dengan ajaran
ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Dalil dalil dari sumber ini
Diantara dalil dali mengenai sebahagian
Uruf sebagai sumber hukum ialah :
- "Hendaklah kamu pemaaf menyuruh agar mengerjakan
yang baik, dan tinggalkan mereka yang jahil itu "
Al- A'raf:199
- "Apa yang dipandang oleh orang orang Islam itu
baik, maka ianya juga baik disisi Allah , dan dipandang oleh mereka itu
buruk, maka ianya buruk juga disis Allah "
Maksud Hadith
Uruf yang menjadi sumber
Uruf yang menjadi sumber hukum ialah
Uruf Am yang shoheh dizaman Rasulullah S.A.W dan zaman zaman selepasnya yang
tidak bertentangan dengan maksud dan kaidah syari'iyah, seperti:
- Uruf aqad Istishna'
- Uruf Jual Mubatha.
Syariat yang terdahulu
Hukum hukum yang terkandung didalam
syariat syariat bagi nabi nabi atau rasul rasul a.s yang terdahulu terbahagi
kepada :
- Hukum hukum yang tidak di Naskan oleh syariat Muhammad
S.A.W
- Hukum hukum yang di Naskah oleh syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang tidak disebut didalam syariat Muhammad
S.A.W
- Hukum hukum yang disebutkan sama dengan hukum hukum
didalam syariat Muhammad S.A.W
- Hukum hukum yang disebut didalam syariat Muhammad
S.A.W. tetapi tidak dinyatakan samada dinaskan atau tidak dinaskan.
Dalil dalil mengenai sumber ini.
Diantara dalil dalil mengenai syariat yang
terdahulu itu sebagai sumber hukum ialah :
- Syariat yang terdahulu adalah syariat Allah S.W.T dan
tidak ada bukti tentang penasakhnya yang menyeluruh.
- Ulamak Islam mengambil dalil juga wujud tentang wajib
daripada ayat yang menceritakan tentang syariat Musar.a.
- Perkataan Rasulullah S.A.W merujuk didalam Taurat
ketika hendak menghukum rejam keatas Yahudi yang bersalah kerana
berzinaan.
Mazhab Hambali
Iman Ahmad B. Hanbal dilahirkan di
Baghdad. Ada juga riwayat yang menyatakan di Maru, Farsi. Nama penuhnya ialah
Abu Abdullah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal B. Hilal B. Asad b.Idris B. Abdillah
B. Yayyan B. 'Abdillah B. Anas B. 'Auf B. Qasith B. Mazin B. Shaiban. Tarikh
kelahirannya ialah dalam bulan Rabi'ul Awwal, 164 H. Ibunya Sofiyah Bt.
Maimunah Bt. 'Abdil Malik Ash Shaibani.
Beliau pernah diikatkan dengan rantai
kemudian diseret daripada Kota Baghdad hingga ke Tharthus dan dipenjarakan
disana selama 28 bulan.Didalam penjara itulah beliau dipukul oleh kakitangan
Khalifah Al Makmum kerana tidak mahu memperkatakan sesuatu yang bertentangan
dengan fahamannya sendiri.
Disebabkan kemiskinan, beliau pernah
bekerja sebagai tukang jahit, juru tulis dan pembawa barang. Semasa hayatnya
Iman Ibnu Hanbal sempat menunaikan fardhu haji sebanyak lima kali. Tiga
daripadanya dengan berjalan kaki sahaja, dan pernah tersesat jalan.
Mahaguru mahaguru Iman Ibnu Hanbal
Diantara guru guru beliau ialah :
- Abu Yusof Ya'Aqub B. Ibrahim
- Hushain B. Bashir B. Abi Hazim Al Wasithi.
- 'Umair B. ' Abdillah B. Khalid.
- Iman Syafi'i
- sufyan B. 'Uyainah.
Kuliah yang disampaikan
Ada dua jenis kursus yang beliau
sampaikan, iaitu :
- Kursus secara umum yang disampaikan selepas 'Asar di
Masjid Jami' Baghdad dan
- Kursusu secara khusus dirumahnya sendiri.
Diantara penuntut beliau ialah:
- Yahaya B. Adam
- Iman Bukhari
- Iman muslim
- Iman Abu Daud.
Didalam sejarah juga ada menyatakan,
bahaw penutut penutut yang menghadiri kursus umum beliau kira kira 5,000 orang
pada satu satu masa.
Sumber Perundangan Mazhab
Sumber perundangan mazhab Hanbali
ialah:
- AlQuranul Karim
- As Sunnatun Nabawiyah
- Perkataan perkataan & Fatwa fatwa sahabat
Rasulullah S.A.W.
- Al-Qiyas
- Al Masoleh Al Mursalah
- Al-Ijma'
- Az Zarail.
Kewafatannya
Iman Ibnu Hanbil wafat diwaktu Dhuha
hariJumaat 12 Rabi'Ul Awwal, 241 H. Orang yang memandikan jenazah beliau ialah
Abu Bakar Ahmad B. Muhammad B. Al Hajjaj Al Maruzi. Dan dikebumikan di Baghdad.
Permasalahan Taqlid
Taqlid ialah berpegang kepada orang
lain didalam sesuatu hukum sebagai dalil. Taqlid boleh berlaku didalam tiga
bentuk:
- Orang awam bertaqlid kepada orang alim
- Orang awam bertaqlid kepada kepada orang awam yang
lain, dan
- Orang alim bertaqlid kepada kepada orang alim yang
lain.
Permasalahan Bid'ah
Bida'ah ialah sesuatu ciptaan yang ada
bandingan (tidak menyerupai ) dengan yang sebelumnya. Ianya terbahagi kepada
dua :
- Bida'ah Hasanah : Sesuatu ciptaan yang tidak yang baik
kerana ianya tidak bertentangan dengan ajaran ajaran yang terkandung
didalam Al Quran dan As Sunnah. Bida'ah ini disebut juga sebagai Syar
(jahat), Dhalal (sesat), Qabihah (buruk) dan Mazmumah (dikeji).
Dalil mengenai pembahagian Bida'ah
SabdaRasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Sesiapa yang mencipta sunnah yang
baik, adalah baginya pahalanya sendiri dan pahala yang mengamalkan sunnah itu
"
Dan sabda baginda lagi:
"Sesiapa yang mencipta sunnah yang
buruk, adalah baginya dosanya sendiri dan dosa yang mengamalkan sunnah
itu."
Dari sabda Rasulullah S.A.W tadi dapat
difahami, bahawa perkataan "SUNNAH" itu bukanlah bererti SUNNAH Rasulullah
S.A.W. tidak ada sunnah yang buruk.
No comments:
Post a Comment